JenGuK LaH BeLoG saia ! ;)

Monday, April 11, 2011

Santau?

Assalamualaikum & Selamat tengahari.
Lama jugak tak meng'update' belog nih..
haiisshh~ today, i want to talk about (ecececeh.. mentang2 la baru lepas speaking MUET td pg kan) hik! ;)

ok, okk... berbalik pada topik..
korang tau tak apa itu SANTAU??

"Mengikut Wikipedia Bahasa Melayu & Ensiklopedia Bebas, santau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. 
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka."

Wahh! dahsyat kan santau ni?
tapi, perlu ke kita menggunakan santau ni utk membuat musuh kita menderita?? MasyaAllah, syirik jika kita meminta bantuan makhluk lain selain daripada Tuhan Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Walaupun orang tu penah buat jahat or tak baik dgn kita, sama ada disengajakan or x.. Maafkanlah.. Sesungguhnya sifat pemaaf itu adalah satu sifat yg mulia. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun ampunkan umatnya, inikan pula kita sebagai saudara seISLAM..

Astaghfirullah.. Mengucap panjang bila mendengar perkataan santau ni. Lagi2 bila Tuan ustaz tu mengatakan yg ayah mertuaku sendiri sakit disebabkan santau katak puru yg dihantar seseorang melalui angin. MasyaAllah.. Betapa menderitanya orang tua itu sejak berbulan-bulan yg lalu. Hanya ALLAH SWT je yg tahu penderitaannya.

Kuasa ALLAH SWT sama ada ingin menjadikan santau itu berhasil ataupun tidak. 'Kun Faya Kun'.. difikir dr sudut positifnya, penyakit itu semuanya datang drpd ALLAH SWT utk menguji keimanan hamba2Nya.. Semoga bertambah keimanan kami di atas ujianMu ya ALLAH.. AMiin~

Kepada yang membaca belog sy ni, saya mohon kerjasama anda dgn seikhlas hati utk mendoakan & menyedekahkah Al-Fatihah kepada ayah mertua saya, Shahadan bin Mohtar. Semoga dgn doa kalian & Kuasa ALLAH SWT, dapatlah menyembuhkan beliau dr penderitaannya.

Akhir sekali, terima kasih kepada yg telah mendoakan kesembuhan beliau. Semoga ALLAH SWT memberi ganjaran kpd kalian, insyaAllah~

No comments:

Post a Comment