JenGuK LaH BeLoG saia ! ;)

Friday, April 29, 2011

Minggu ke-5 kehamilan. Alhamdulillah.. :)


Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini. 
Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya. 
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang folik asid yang diperlukan oleh anda.

Monday, April 18, 2011

Alhamdulillah~ syukur ya ALLAH..

Macam tak percaya je bakal bergelar ibu @ emak @ ummi @ mama @ mummy..
Haha :D rase teruja, takut, hepi & mcm2 lagi laa perasaan yg dtg.
Malass nak cakap byk2..
Tengok la buktinyee.

kenapa ada 2? huhu
satu beli dr farmasi. test dulu
bile +ve, buat pengesahan dr klinik pulak. :)

Alhamdulillah, usia kandungan baru masuk 4 minggu.
Doakan semuanya selamat yee. :)


ya Allah, terima kasih di atas rezekiMu.
Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini, dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Amiin~

Monday, April 11, 2011

Santau?

Assalamualaikum & Selamat tengahari.
Lama jugak tak meng'update' belog nih..
haiisshh~ today, i want to talk about (ecececeh.. mentang2 la baru lepas speaking MUET td pg kan) hik! ;)

ok, okk... berbalik pada topik..
korang tau tak apa itu SANTAU??

"Mengikut Wikipedia Bahasa Melayu & Ensiklopedia Bebas, santau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. 
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka."

Wahh! dahsyat kan santau ni?
tapi, perlu ke kita menggunakan santau ni utk membuat musuh kita menderita?? MasyaAllah, syirik jika kita meminta bantuan makhluk lain selain daripada Tuhan Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Walaupun orang tu penah buat jahat or tak baik dgn kita, sama ada disengajakan or x.. Maafkanlah.. Sesungguhnya sifat pemaaf itu adalah satu sifat yg mulia. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun ampunkan umatnya, inikan pula kita sebagai saudara seISLAM..

Astaghfirullah.. Mengucap panjang bila mendengar perkataan santau ni. Lagi2 bila Tuan ustaz tu mengatakan yg ayah mertuaku sendiri sakit disebabkan santau katak puru yg dihantar seseorang melalui angin. MasyaAllah.. Betapa menderitanya orang tua itu sejak berbulan-bulan yg lalu. Hanya ALLAH SWT je yg tahu penderitaannya.

Kuasa ALLAH SWT sama ada ingin menjadikan santau itu berhasil ataupun tidak. 'Kun Faya Kun'.. difikir dr sudut positifnya, penyakit itu semuanya datang drpd ALLAH SWT utk menguji keimanan hamba2Nya.. Semoga bertambah keimanan kami di atas ujianMu ya ALLAH.. AMiin~

Kepada yang membaca belog sy ni, saya mohon kerjasama anda dgn seikhlas hati utk mendoakan & menyedekahkah Al-Fatihah kepada ayah mertua saya, Shahadan bin Mohtar. Semoga dgn doa kalian & Kuasa ALLAH SWT, dapatlah menyembuhkan beliau dr penderitaannya.

Akhir sekali, terima kasih kepada yg telah mendoakan kesembuhan beliau. Semoga ALLAH SWT memberi ganjaran kpd kalian, insyaAllah~